Saturday, 17 November 2018

ANYONE CAN LEARN HOW TO DRAW

"Dont Wait, The Time Will Never Be Just Right" - Napeleon Hill


(Hobby - Collection Drawing)

Assalamualaikum,

Coretan kali ini membawa kembali sejarah saya mula belajar melukis. Hard work beats Talent. (Bukan nak cakap saya rajinlah tapi kebosanan yang terlebih itu menyebabkan saya buat benda lain)

1 tahun yang lalu, Saya langsung tidak tahu melukis. Lukisan orang yang saya boleh buat adalah orang lidi-lidi. 

(Orang Lidi)

Ini bukan auta tapi fakta yang betul. 
15/05/2017 - Hari pertama saya melaporkan diri di Lembaga Koko Tawau untuk berkhidmat sebagai pelajar Latihan Industri selama 3 bulan. 

Setiap hari saya belajar benda baru berkaitan koko, serangga dan penyakitnya. Namun, masa yang ada sangat lapang sehingga saya mengambil keputusan untuk cuba melukis. 

(My first Drawing took 3 days to finish it)

(The Real picture)

*Tips : Saya lukis apa yang saya nampak
(Macam bukan tips saja kan? 😂)

Saya tunjuk satu-satu cara melukis dengan mudah. Pertama sekali perlu ada bahan-bahan ini. 

Bahan : 
  • Pen Hitam
  • Pensil 2B
  • pensil Mecanical 
  • pemadam 
  • + Pembaris
Kemudian Downlord Sketch Grid Free. Load gambar seperti dibawah.

(Boleh adjust seberapa banyak grid yang kamu mahu)

Step seterusnya, Ambil kertas lukisan dan buat grid seperti dalam gambar tu. Berapa banyak column dan row mestilah sama dengan sketch grid untuk memudahkan kamu melukis. 

Last step. Ikut setiap garis dalam column dan row masing2. Jangan ambil kawasan yang lain nanti tidak cantik lukisan kamu. 

Selamat Mencuba..






Wednesday, 14 November 2018

THE BEST INTERNSHIP EVER

"Tell Me and I forget, Teach Me and I Remember, Involve Me and I Learn."


(Last picture with WWoof family)

Halaman blog kali ini, saya akan ceritakan aktiviti yang saya buat sepanjang saya berada di Azumino City, Japan.


(Azumino City, Japan)

Sebelum ini, saya ada bagitahu yang kami berkerja/belajar selama 6 hari dalam satu minggu dan hari ahad ialah istirehat. 

Aktiviti Harian kami dalam satu minggu berkerja ialah: 

1. Picking bud / Petik tunas pokok
* Antara sebab Akio-san menyuruh kami memetik tunas pokok adalah kerana mengurangkan penghasilan buah Apple/peach yang sangat banyak. Dengan itu, Penghasilan buah akan cukup dengan kualiti yang baik dari segi rasa, warna dan size. 


(Buah Apple lagi besar dari tangan saya. Satu biji Rm20)

2. Picking branch / Ambil ranting
*Seperti yang kita sedia maklum, negara jepun adalah negara nombor 1 paling bersih di seluruh negara. Akio-san mempunyai 17 Ha tanah dan tiada secebis plastik maupun sampah di ladang dia. Dia mengamalkan memetik ranting-ranting hasil pruning/pemangkasan dan digunakan sebagai kayu api semasa musim sejuk. Selain itu, dia percaya bahawa ianya dapat mengelakan penyebaran penyakit dari ranting itu kepada pokok berdekatan. 
(Bersih seperti di taman, bergaya pergi kerja pun tidak nampak kanjil)

3. Harvest Carrot / Tuai carrot
* Tuai lobak inilah antara favorite masa di sana. Disebabkan composisi tanah yang baik dan subur, lobak di sana tumbuh besar dan part paling best adalah bila tuai tu sangat mudah. Main tarik-tarik kepala lobak tu sahaja. Untuk 2 row kami boleh habiskan dalam 2 jam sahaja. 
(Kawasan Lobak ditanam)

(Lobak merah segar bugar)

*Mengunakan jerami padi untuk menutup carrot ini untuk memberi nutrient kepada tanah dan mengekalkan kelembapan carrot disebabkan musim sejuk kering.

4. We learn about rat trap at Apple tree/Belajar tentang perankap tikus di kawasan pokok Apple
* Akio-san meletakkan kucing sebagai penjaga pokok Apple dari serangan tikus dan memasang perangkap tikus. Dia mengunakan pagar dawai yang tahan lama dan di tanam di sekeliling akar pokok untuk jangan masa yang lama. Selain itu, cuka getah digunakan untuk menghalau tikus. 
(Walaupun sejuk bersalji kita kena gigih turun kerja)

5. Paint the peach Tree and Apple tree /Cat pokok Peach dan Apple
* Kami di minta cat pokok Apple dan peach. Awal-awal tu sebelum Akio-san terangkan kenapa perlu cat, memang mahu marahlah sebab macam buat kerja tak ada faedah. Selepas faham situasi dan kaedah itu. Kami ikutkan sahaja semua kerja yang di bagi. Setiap tindakan ada sebabnya.

(Cat mesti macam ini)

6. Make Dry Apple fruit, packing and branding/labelling them (Buat keropok/jajan Apple, pembungkusan dan bagi label)
* Kami belajar cara untuk mengeringkan buah Apple tanpa mengunakan perisa. Kami cuma mengunakkan acidic solution to preserve the colour of fruit. Kami mengunakan buah apple yang kualiti tidak boleh dijual secara raw seperti ada bintik2 serangga, lembut sebahagian dan terlalu keras. Kami mengambil bahagian yang boleh di makan dan potong nipis (0.2 cm) dan rendam sebentar dalam larutan acidic dan letak di oven pengering buah untuk masak sehari dengan suhu plus and minus 140 F.

Terima Kasih Sebab membaca coretan yang tidak seberapa ini.

(Jangan lupa melawat Matsumoto castle kalau datang ke sana)

(Bentuk Asal Wasabi)



Monday, 12 November 2018

Latihan Industri di Azumino City, Nagano, Jepun

"Go For it, No Matter How it Ends, It was An Experience".


Persediaan yang perlu dibuat sebelum Fly ke Jepun.

1. Passport
2. Visa (pergi untuk lebih dari 3 bulan)
3. Belajar bahasa Jepun (sekurang-kurangnya tahap sekolah rendah)
4. International adapter plug
5. Heat tech (kalau pergi masa musim sejuk) 
6. Pelembab kulit, muka, dan bibir (terutama musim sejuk)

Untuk memilih tempat membuat latihan Industri di Jepun. Saya memilih untuk berdaftar dengan Wwoof Japan. Sila lihat page https://www.wwoofjapan.com/main/index.php?lang=en (Cara-cara daftar dan berhubung pun semua ada di sana). 

Bagi pelajar Universiti perlu buat kertas kerja dan hantar kepada Ibu pejabat untuk memohon kelulusan membuat latihan industri diluar. Lampirkan semua berkaitan Woofer dan alamat dia. 

(Saya pergi dengan 3 orang kawan satu batch)

Flight pukul 2.30 petang, tapi nak check in bagasi 3 jam sebelum depart. Jadi saya bergerak awal dari kolej dalam pukul 11.00 pagi. Perjalanan memakan masa selama 6 jam untuk sampai ke Haneda Airport daripada KLIA 2. Jika flight anda sampai pada waktu malam dan ingin bertolak ke destinasi di tuju pada waktu pagi, anda boleh tidur sahaja di Airport. Tempat untuk cas fon ada di mana-mana, anda boleh meletak dan meninggalkan fon anda untuk dicas. Anda tidak perlu takut dengan pencuri, disebabkan pengawal membuat rondaan di setiap penjuru Airport. 

*Tips : Jangan bawa duit cash banyak dalam tangan takut tercicir. Sebelum fly ke jepun. Pastikan Atm Cimb/Maybank/etc ada status international, ini boleh tukar di Atm sahaja. Sampai jepun boleh keluarkan duit di mana-mana Atm di Information Center 

Kehadiran matahari seperti biasanya namun tidak terasa kehangatannya. Kedinginan yang tidak pernah dirasai menjalar keseluruh tubuh badan sehingga ke tulang. (hihihi, pakai heat tech dan baju tebal tak rasa sejuklah).

Untuk ke Azumino City, saya memilih untuk menaiki bus (AirportLimousine, https://www.limousinebus.co.jp/en/) ke shinjuku expressway bus terminal kemudian menaiki bus ke Matsumoto station. Setelah itu, menaiki train ke Hitoichiba. Tidak perlu takut untuk sesat di negara jepun ini. 

*Tips : Pergi kaunter Pertanyaan - iaitu Information Center di setiap perhentian bas/stesen/mall. Kalau takut juga, masuk 7eleven dan connect wifi. Boleh google maps 😂

Hari pertama, Di rumah Host (Akio Matsumura). Saya disambut dengan makan malam yang meriah. (Bagaikan makan restoran grand di Jepun. Hehehe). Selepas makan malam selesai, sesi perkenalan diri dengan lebih dekat dengan ahli keluarga host.

Akio- san bagi setiap satu bilik 2 orang. Untuk pengetahuan semua. Di sana tiada katil tapi dia bagi futon. Dia akan bagi demo macam mana nak guna . Selain itu, dia sediakan heater dalam bilik. Jadi tidaklah sejuk sangat kalau malam tu. Tapi ada satu masalah untuk orang Malaysia la kalau dekat sana iaitu masalah tandas. Di sana tidak guna air dalam tandas. Dia guna tisu. (Ini cuma area pendalaman sahaja, kalau area bandar/pekan. Pakai flush dan air juga)

*Tips : Kami ambil botol mineral kecil bawa masuk dalam tandas. Lepas guna tisu, guna air pula.

Orang jepun walaupun dia tahu cakap dalam Bahasa English, Dia explain guna Bahasa Jepun 80%, Jadi mahu tidak mahu memang kena belajar bahasa Jepun. 

Untuk program woofer dibawah Akio-san ni memang 6 hari berkerja satu hari rehat. Tapi kerja dia memang tidak berat. Berpeluh memang tidak keluar sebab sejuk, peluh pun tidak mahu keluar. Hahaha

(Cat pokok Peach - To prevent infection of disease)


(Picking bud - To increase the quality of fruit)

(Harvest Carrot - So easy to pulled upwards)

(Ikat branch pokok Apple naik keatas. Boleh menyebabkan buah Apple ini manis. Ada kaitan dengan 
acid yang meningkatkan fructose dalam buah.)

***UNTUK PROGRAM WWOOF WORLD KITA DAPAT TEMPAT TINGGAL PERCUMA DAN MAKANAN PERCUMA***

Nantikan Part 2 - THE BEST INTERSHIP EVER

Monday, 16 January 2017

Jelajah Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Mantabuan dalam sehari (SEMPORNA)

Assalamualaikum Oceanholic.

"B.E.A.C.H"
"Best Escape Anyone Can Have"

Seperti yang saya janji sebelum ini, saya akan cerita serba sedikit perjalanan saya ke 3 pulau yang ada di Semporna.



Sebelum bercadang untuk pergi ke pulau-pulau yang ada di Semporna. Anda perlu membuat tempahan bot dengan agen-agen yang sepatutnya. sekurang-kurangnya 2 ke 3 minggu sebelum tarikh anda pergi. Saya akan sarankan anda semua untuk membuat tempahan dengan senior sekolah saya. Nama dia Mohd Maidin (+601129881080) ataupun follow page facebook "Semporna Mari". Terdapat pelbagai tawaran yang menarik dengan pakej yang murah. Untuk pergi ke 3 pulau dalam sehari, saya hanya perlu mengeluarkan RM60 ketika itu. (Anda mungkin boleh dapat murah kalau ada promosi). 


Saya pergi dengan kawan-kawan sekolah dengan beberapa orang pelancong dari luar negara (Trip campur). Kami di kehendaki datang pukul 7.30 pagi di Jati Umum Semporna. Kami menaiki bot pada pukul 8 pagi dan terus bergerak ke Bohey dulang. Dalam 30 minit kami sampai di Bohey dulang. Untuk melihat dengan lebih jelas pemandangan yang ada di sekitar Bohey dulang. Kami perlu mendaki setinggi 600meter. Ianya mengambil masa dalam 30 minit dengan berjalan lenggang lenggok. Jangan lupa bawa air dan makanan tau. (Buatlah bekal untuk perjalanan sehari, di sana tiada gerai mahupun kedai makan)

Bohey Dulang : pemandangan di waktu pagi


Dengan kawan sekolah ( Tudung pun tak terurus sebab naik speed bot- abaikan okay :) )


Trek mendaki yang mudah untuk semua lapisan umur


Pemandangan dari Bohey Dulang 

Perhentian seterusnya adalah Pulau Sibuan, Tempat ini sangat cantik dan indah, sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata. Untuk sampai ke Pulau Sibuan daripada Bohey Dulang hanya mengambil masa 30 minit menaiki bot. Sampai sahaja di sana, anda perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana. (dalam 5 minit sahaja, hanya perlu menulis nama dan negara). Untuk peringatan kepada pengemar kucing, dinasihatkan jangan usik dan cuba nak pegang kucing yang ada di pulau itu. Ianya sangat liar dan boleh mengigit orang. (Saya kena sekali). 


Pilih pakaian sesuai untuk mandi laut tau (Bohey dulang) : instant tudung dan pakaian gelap



Bohey Dulang ada banyak tapak sulaiman dan pokok kelapa yang tinggi-tinggi

Destinasi terakhir adalah Mantabuan, Mantabuan tidak begitu jauh dengan Pulau Sibuan. Tempat ini sangat cantik dan Stacy (Artis) dikatakan pernah membuat pengambaran untuk video lagu dia di sana.
Penduduk di sana di kenali sebagai Orang Laut. Jangan takut bila ada kanak-kanak di sana cuba nak dekat. Mereka akan membuat pelbagai aksi seperti Cheer Stunt untuk pelancong-pelancong yang datang.

Pasir pantai yang sangat putih dan tidak tercemar. Boleh buat terapi kaki.


Inilah pemandangan pantai Mantabuan

Kami bergerak pulang dalam pukul 3.40 petang dan sampai ke Jati Semporna dalam pukul 4.30 petang. Begitulah perjalanan saya ke 3 pulau yang ada di Semporna.



Banyak lagi pulau di Semporna yang perlu saya terokai. Jika ada umur yang panjang dan mempunyai peluang untuk ke pulau yang lain. Saya akan menulis untuk anda.

Friday, 30 December 2016

Sabah, Negeri di bawa bayu (Semporna)


"Land Below the Wind"

"Sometimes, all we really need is a break, in a beautiful place, to figure everything out."

Seperti yang semua sedia tahu, sabah memiliki lebih kurang 33 etnik dan bertutur dalam 50 bahasa yang berbeza membuatkan ianya istimewa dan menarik. Ini juga adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang ke sana. Bahasa sabah mempunyai pelbagai dialek mengikut negeri dan bangsa/suku kaum masing-masing. Mungkin pada zahirnya bahasa Sabah nampak macam gangster tapi sebenarnya bagi orang Sabah sendiri ianya suatu kebiasaan dan tidaklah menunjukan unsur-unsur ketidaksopanan. 


Semporna salah satu daerah yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik dan indah. Memiliki pantai-pantai cantik kebiru-biruan dan bersih yang dihiasi dengan ikan dan coral berwarna-warni. 

Credit to Skycraper : Pulau Sibuan

Tidak ketinggalan, bermacam-macam makanan laut yang segar dan boleh di makan begitu sahaja seperti rumpai laut, udang, ketam, sotong, kerang-kerang, siput sedut, sayur laut (Latok) dan banyak lagi yang tidak pernah di ketahui wujudnya pun banyak didapati di daerah Semporna kursusnya. 


Credit to encree : Ikan bakar yang di jual dan boleh di dapati 24 jam 


Makanan laut : rumpai laut, latok, kima

Kepada yang alergik kepada makanan laut tidak perlu takut untuk datang ke semporna, kerana di sana terdapat makanan melayu, jawa, bugis, dan macam-macam lagi. Tempat makan pun banyak, ada yang dekat dengan pantai, tepi laut dan atas laut. 

Antara tempat-tempat menarik yang ada di Semporna :

1. Pulau Mabul
2. Tampi-tampi
3. Bukit tengkorak
4. Pulau sibuan
5. Pulau Kapalai
6. Bohey dulang
7. Pulau Sipadan
8. Pulau Mataking
9. Pulau Maiga




Saya akan cerita serba-sedikit tempat yang pernah saya kunjungi di sana. 
Nantikan coretan saya yang seterusnya "Jelajah Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Mantabuan dalam Sehari".


p/s : Menghargai tempat kelahiranku. Jika bukan saya, siapa lagi.

Friday, 4 November 2016

Tioman Island Part 3

Assalamualaikum,










Terlalu lama saya tinggalkan Blog ini. Alhamdulillah akhirnya kembali menulis.

Difficult Roads often Lead to the Most Beautiful Destinations

Hari terakhir di Pulau Tioman, perasaan seperti nak tinggal selamanya di situ.
Terlalu tenang dan indah.


Pagi itu, Kami bertiga mengelilingi Kampung Salang sambil menghayati pemandangan di sana (Ambil-ambil gambar dan bergosip sana-sini)


Sebelum bertolak pulang ke Mersing, Abah Angkat sponsor makan tengahari, Alhamdulillah rezeki kami bertiga. Bajet makan tengahari (dalam Rm 9 seorang).
Untuk info tambahan, jadual tiket Ferry da tetap, jadi kalau nak tahu bila waktu Ferry akan datang ke pelabuhan, boleh dapat dengan urusetia resort masing-masing. Tiket Ferry tu pun boleh beli kat kaunter urusetia. (Manalah tahu ada tiket Ferry yang tercicir ataupun ikut snorkelling sekali). Nak  tahu? tiket Ferry tu tidak ada duration expired (Tarik luput). Jikalau anda tertinggal Ferry hari ini, anda boleh tunggu dan naik Ferry yang seterusnya.



Begitulah Al-kisahnya. Nak berjalan dan meneroka tempat orang, Boleh saja dengan Bajet yang Murah tetapi kena pandai survey tempat dan plan perjalanan. :)



Monday, 9 May 2016

Tioman Island Malaysia Part 2


Assalamualaikum and Hello..

Saya sambung cerita tentang percutian di Pulau Tioman.

"Create a Life You Love"


Hari Kedua 
Pagi-pagi lagi kami da berada di tepi pantai dengan life Jacket dan googgle. Nampak tak excited nak mandi-manda. Masuk jak badan dalam air laut, sejuk satu badan. Member nampak happy dengan googgle yang pertama kali dia pakai. Saya membuat demo serba-sedikit bagaimana nak mengunakannya. (Saya ajar apa yang saya tau saja. Sebab saya pun beginner juga. hehe). 

Setelah sejam berlalu. Kami berehat di batu-batuan pantai untuk keringkan baju. Tidak lama kemudian, Hujan pun turun dengan lebatnya. Kami pun berlari-lari ala-ala gadis melayu terakhir. (Control ayu sebab ramai foreigner). 


Muka Excited sebab nak masuk air

Sambil menunggu hujan berhenti, kami panas air dan buka Cup Maggie. Yummy...
Berhenti saja hujan, kami di panggil oleh Abg uddin (orang yang akan membawa kami ke melihat pulau-pulau kecil yang ada di Kampung salang). Kami bergerak ke jeti untuk menaiki Speed boat. 
Nampak keceriaan dan semangat dari muka sahabat kita. Semua happy nak pergi snorkelling tengok hidupan laut dan coral yang warna-warni. Trip snorkeling ke pulau-pulau (Rm 70). 

Kami bukan kat kolam tau, jernihkan air laut bagaikan kolam renang. Rindu tempat ini.

Pengalaman yang berharga ialah bila kami berenang sambil bagi ikan makan roti yang kami bawa. Sangat menakutkan pada awalnya, ialah mana tidak takut bila ikan berkerumun mendekati kami dan mengigit tangan kami (perasaan macam kucing tengah main dengan tangan kita). Tambahan lagi, coral yang ada di sana sangat cantik, tak jemu nak snorkelling. Sepetang kami berada di pulau, akhirnya balik ketempat rehat.


Malam pun da tiba, Perut pun berbunyi riang. Masa nak mengalas perut. Abah angkat sangat bermurah hati belanja kami semua makan Seafood malam tu. (Alhamdulillah, makan tak ingat dunia. lupa pula nak tanya harga dan segan juga sebenarnya). Range harga dalam Rm 8- Rm20 untuk seorang. Lebih kurang macam tulah.

Malam itu tidak berakhir di situ saja, adik angkat bawa kami pergi tengok orang memancing ikan kat jetty yang tidak jauh dari chalet. (Kampung Salang tak besar sangat pun).  Seronok bila boleh tengok ikan kat sana, besar-besar. Lama punya lama tak ada satu pun ikan dapat di pancing. Yelah air jernih, umpan pun nampak kat dalam air laut tu. (Ikan kat sana da ada Phd, pandai da bezakan umpan dengan makanan dia). Kami pun balik setelah habis bergosip kat jetty tersebut. Kesian kat pemancing, kami buat bising saja kat sana. Hehehe, say sorry jak mampu.

Balik bilik, mandi, Solat, tidur.
Part 3 akan menyusul.. :)