Friday 30 December 2016

Sabah, Negeri di bawa bayu (Semporna)


"Land Below the Wind"

"Sometimes, all we really need is a break, in a beautiful place, to figure everything out."

Seperti yang semua sedia tahu, sabah memiliki lebih kurang 33 etnik dan bertutur dalam 50 bahasa yang berbeza membuatkan ianya istimewa dan menarik. Ini juga adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang ke sana. Bahasa sabah mempunyai pelbagai dialek mengikut negeri dan bangsa/suku kaum masing-masing. Mungkin pada zahirnya bahasa Sabah nampak macam gangster tapi sebenarnya bagi orang Sabah sendiri ianya suatu kebiasaan dan tidaklah menunjukan unsur-unsur ketidaksopanan. 


Semporna salah satu daerah yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik dan indah. Memiliki pantai-pantai cantik kebiru-biruan dan bersih yang dihiasi dengan ikan dan coral berwarna-warni. 

Credit to Skycraper : Pulau Sibuan

Tidak ketinggalan, bermacam-macam makanan laut yang segar dan boleh di makan begitu sahaja seperti rumpai laut, udang, ketam, sotong, kerang-kerang, siput sedut, sayur laut (Latok) dan banyak lagi yang tidak pernah di ketahui wujudnya pun banyak didapati di daerah Semporna kursusnya. 


Credit to encree : Ikan bakar yang di jual dan boleh di dapati 24 jam 


Makanan laut : rumpai laut, latok, kima

Kepada yang alergik kepada makanan laut tidak perlu takut untuk datang ke semporna, kerana di sana terdapat makanan melayu, jawa, bugis, dan macam-macam lagi. Tempat makan pun banyak, ada yang dekat dengan pantai, tepi laut dan atas laut. 

Antara tempat-tempat menarik yang ada di Semporna :

1. Pulau Mabul
2. Tampi-tampi
3. Bukit tengkorak
4. Pulau sibuan
5. Pulau Kapalai
6. Bohey dulang
7. Pulau Sipadan
8. Pulau Mataking
9. Pulau Maiga




Saya akan cerita serba-sedikit tempat yang pernah saya kunjungi di sana. 
Nantikan coretan saya yang seterusnya "Jelajah Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Mantabuan dalam Sehari".


p/s : Menghargai tempat kelahiranku. Jika bukan saya, siapa lagi.