Monday 16 January 2017

Jelajah Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Mantabuan dalam sehari (SEMPORNA)

Assalamualaikum Oceanholic.

"B.E.A.C.H"
"Best Escape Anyone Can Have"

Seperti yang saya janji sebelum ini, saya akan cerita serba sedikit perjalanan saya ke 3 pulau yang ada di Semporna.



Sebelum bercadang untuk pergi ke pulau-pulau yang ada di Semporna. Anda perlu membuat tempahan bot dengan agen-agen yang sepatutnya. sekurang-kurangnya 2 ke 3 minggu sebelum tarikh anda pergi. Saya akan sarankan anda semua untuk membuat tempahan dengan senior sekolah saya. Nama dia Mohd Maidin (+601129881080) ataupun follow page facebook "Semporna Mari". Terdapat pelbagai tawaran yang menarik dengan pakej yang murah. Untuk pergi ke 3 pulau dalam sehari, saya hanya perlu mengeluarkan RM60 ketika itu. (Anda mungkin boleh dapat murah kalau ada promosi). 


Saya pergi dengan kawan-kawan sekolah dengan beberapa orang pelancong dari luar negara (Trip campur). Kami di kehendaki datang pukul 7.30 pagi di Jati Umum Semporna. Kami menaiki bot pada pukul 8 pagi dan terus bergerak ke Bohey dulang. Dalam 30 minit kami sampai di Bohey dulang. Untuk melihat dengan lebih jelas pemandangan yang ada di sekitar Bohey dulang. Kami perlu mendaki setinggi 600meter. Ianya mengambil masa dalam 30 minit dengan berjalan lenggang lenggok. Jangan lupa bawa air dan makanan tau. (Buatlah bekal untuk perjalanan sehari, di sana tiada gerai mahupun kedai makan)

Bohey Dulang : pemandangan di waktu pagi


Dengan kawan sekolah ( Tudung pun tak terurus sebab naik speed bot- abaikan okay :) )


Trek mendaki yang mudah untuk semua lapisan umur


Pemandangan dari Bohey Dulang 

Perhentian seterusnya adalah Pulau Sibuan, Tempat ini sangat cantik dan indah, sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata. Untuk sampai ke Pulau Sibuan daripada Bohey Dulang hanya mengambil masa 30 minit menaiki bot. Sampai sahaja di sana, anda perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana. (dalam 5 minit sahaja, hanya perlu menulis nama dan negara). Untuk peringatan kepada pengemar kucing, dinasihatkan jangan usik dan cuba nak pegang kucing yang ada di pulau itu. Ianya sangat liar dan boleh mengigit orang. (Saya kena sekali). 


Pilih pakaian sesuai untuk mandi laut tau (Bohey dulang) : instant tudung dan pakaian gelap



Bohey Dulang ada banyak tapak sulaiman dan pokok kelapa yang tinggi-tinggi

Destinasi terakhir adalah Mantabuan, Mantabuan tidak begitu jauh dengan Pulau Sibuan. Tempat ini sangat cantik dan Stacy (Artis) dikatakan pernah membuat pengambaran untuk video lagu dia di sana.
Penduduk di sana di kenali sebagai Orang Laut. Jangan takut bila ada kanak-kanak di sana cuba nak dekat. Mereka akan membuat pelbagai aksi seperti Cheer Stunt untuk pelancong-pelancong yang datang.

Pasir pantai yang sangat putih dan tidak tercemar. Boleh buat terapi kaki.


Inilah pemandangan pantai Mantabuan

Kami bergerak pulang dalam pukul 3.40 petang dan sampai ke Jati Semporna dalam pukul 4.30 petang. Begitulah perjalanan saya ke 3 pulau yang ada di Semporna.



Banyak lagi pulau di Semporna yang perlu saya terokai. Jika ada umur yang panjang dan mempunyai peluang untuk ke pulau yang lain. Saya akan menulis untuk anda.