Monday 4 April 2016

Nak Beli apa dengan Baucer Buku


Assalamualaikum and Hello..



Rm 250 Baucer Buku.
Nak beli apa???

Saya nak kongsi kat sini apa yang saya beli dengan Rm 250.
1. Novel
2. Pakaian
3. Alat tulis
4. Key chain

Novel
Rm 100 baucer buku saya beli novel cinta kat PC Fair Upm. Saya dapat 7 buah novel. Hahahaha seronok la sebab dapat banyak buku. Tapi nak angkat bawa balik bilik, memang sengsara juga la.
(Sekarang ini da abis baca dua buah buku iaitu " Meh, Sandar Pada Aku" dan "Pemegang Watak Cinta". Saya boleh bagi ranting 8/10 la, best dan tak banyak konflik yang timbul. Biasalah novel laki kaya pempuan yang ala kadar, comel dan baik.

Pakaian
Kalau kat PC Fair Upm, kita boleh beli pakaian dengan mengunakan baucer buku. Jadi apa lagi, saya beli dress, tudung dan seluar. (Rm50)
Sebab tak tau nak beli apa. Jadi pada lelaki yang tak tau nak beli apa dengan baucer buku tu. Beli la baju. Biasalah tipikal lelaki zaman sekarang malas nak baca buku kan. Boleh juga beli pakaian atau buku bagi kat parent pun boleh.

Alat Tulis
Saya guna Rm 50 untuk beli alat tulis. Tak beli banyak pun, beli kertas A4, pen, pensil, dan sekufu dengannya.

Key Chain 
Saya beli key chain "Glowing in the Dark" (Rm 50 - 6 jenis ) sebab nak bagi kat kawan tanda terima kasih sebab selalu jaga saya, tegur saya (Walaupun kadang-kadang sakit jugalah kena tegur), ingatkan pasal assignment dan banyak lagi la. Jasa mu tidak terbalas. Hehehe Thank You Friends.

"Truly Great Friends are Hard to Find, Difficult to Leave and Impossible to Forget"


Dari saya  : Beli  barang yang berguna, jangan ikut sangat telunjuk diatas. Hehehe tipikal perempuan suka berbelanja.

Sunday 3 April 2016

Cameron Highland Field Trip


Assalamualaikum and Hei Traveller..

"Being Happy doen't Mean that Everything is Perfect, It Means that You have Decided to Look Beyond the Imperfections"
02/04/16

Bila kawan kita berangan kat ladang Tea : Aishah a.k.a Ecah

Hari ini nak share sikit tentang field trip ke Cameron Highland. Sedih sikit sebab ada member yang tak pergi.

Tempat-tempat yang menarik di Cameron:
1. Boh Tea plantation
2. Bee Farm
3. MARDI

Boh Tea plantation 




Untuk pergi ke Boh Tea plantation kami terpaksa menaiki Bas Sekolah kerana jalannya yang sempit dan curam. Bas boleh di sewa berdekatan dengan Bee Farm. (Sebuah bas : Rm 100).
Perjalanan ke Boh Tea mengambil masa 20 minit sahaja. Di sana kita akan lihat tempat-tempat pemprosesan Tea dan bagaimana teh di putik. Untuk pengetahuan semua, ketinggian pokok tea sebenarnya boleh mencapai pokok mangga. Disebabkan "prunning" (boleh google kalau tidak tau) pokok tea tidak terlalu tinggi dan memudahkan pekebun untuk memutik pokok tea tersebut. Umur pokok tea boleh mencecah  120 tahun dan tea di putik sekali dalam 3 minggu. Tanah Boh tea tersebut seluas 232 hekta dan dimiliki oleh orang British. Informasi ini saya dapat dari pak cik bas yang membawa kami ke Boh Tea plantation.




Bee Farm 

Masuk adalah percuma. Di dalamnya terdapat  gerai, kedai, dan kebun kecil yang menternak lebah. Jangan risau lebah di sana tidak tau menyegat orang. Kata seorang abang, kalau adik kena sengat nanti adik jadi manis.Hahahaha, kalau budak-budak bolehlah tipu. Sebenarnya Lebah tidak menyegat itu adalah lebah kelulut. Terdapat bunga-bunga yang pelbagai bentuk dan warna di tanam di dalam kebun tersebut. Ada yang besar, sebesar muka saya dan ada yang comel secomel saya. *Jangan bash saya* Kami mengambil peluang  untuk merasa produk lebah seperti coklat dari madu, aiskream dan banyak lagi yang di jual di Bee farm. Jangan lupa beli ubi rebus yang ada di situ. (Rm 3.00 sebungkus) Manis dan sedap.

Kawan-kawan Field trip

MARDI




Masuk MARDI kena beli tiket (Rm 3.00 per person).  Tempat tu sangat cantik, pelbagai sayur-sayuran yang  segar, bunga-bungaan yang warna-warni,  pokok-pokok yang besar dan banyak lagi. Jangan lupa makan aiskream strawberry kat sana. (Rm 2.50)


Dari saya : Jangan takut nak pergi tempat yang baru. Tambah experience dan ilmu baru.