Saturday 17 November 2018

ANYONE CAN LEARN HOW TO DRAW

"Dont Wait, The Time Will Never Be Just Right" - Napeleon Hill


(Hobby - Collection Drawing)

Assalamualaikum,

Coretan kali ini membawa kembali sejarah saya mula belajar melukis. Hard work beats Talent. (Bukan nak cakap saya rajinlah tapi kebosanan yang terlebih itu menyebabkan saya buat benda lain)

1 tahun yang lalu, Saya langsung tidak tahu melukis. Lukisan orang yang saya boleh buat adalah orang lidi-lidi. 

(Orang Lidi)

Ini bukan auta tapi fakta yang betul. 
15/05/2017 - Hari pertama saya melaporkan diri di Lembaga Koko Tawau untuk berkhidmat sebagai pelajar Latihan Industri selama 3 bulan. 

Setiap hari saya belajar benda baru berkaitan koko, serangga dan penyakitnya. Namun, masa yang ada sangat lapang sehingga saya mengambil keputusan untuk cuba melukis. 

(My first Drawing took 3 days to finish it)

(The Real picture)

*Tips : Saya lukis apa yang saya nampak
(Macam bukan tips saja kan? 😂)

Saya tunjuk satu-satu cara melukis dengan mudah. Pertama sekali perlu ada bahan-bahan ini. 

Bahan : 
  • Pen Hitam
  • Pensil 2B
  • pensil Mecanical 
  • pemadam 
  • + Pembaris
Kemudian Downlord Sketch Grid Free. Load gambar seperti dibawah.

(Boleh adjust seberapa banyak grid yang kamu mahu)

Step seterusnya, Ambil kertas lukisan dan buat grid seperti dalam gambar tu. Berapa banyak column dan row mestilah sama dengan sketch grid untuk memudahkan kamu melukis. 

Last step. Ikut setiap garis dalam column dan row masing2. Jangan ambil kawasan yang lain nanti tidak cantik lukisan kamu. 

Selamat Mencuba..






Wednesday 14 November 2018

THE BEST INTERNSHIP EVER

"Tell Me and I forget, Teach Me and I Remember, Involve Me and I Learn."


(Last picture with WWoof family)

Halaman blog kali ini, saya akan ceritakan aktiviti yang saya buat sepanjang saya berada di Azumino City, Japan.


(Azumino City, Japan)

Sebelum ini, saya ada bagitahu yang kami berkerja/belajar selama 6 hari dalam satu minggu dan hari ahad ialah istirehat. 

Aktiviti Harian kami dalam satu minggu berkerja ialah: 

1. Picking bud / Petik tunas pokok
* Antara sebab Akio-san menyuruh kami memetik tunas pokok adalah kerana mengurangkan penghasilan buah Apple/peach yang sangat banyak. Dengan itu, Penghasilan buah akan cukup dengan kualiti yang baik dari segi rasa, warna dan size. 


(Buah Apple lagi besar dari tangan saya. Satu biji Rm20)

2. Picking branch / Ambil ranting
*Seperti yang kita sedia maklum, negara jepun adalah negara nombor 1 paling bersih di seluruh negara. Akio-san mempunyai 17 Ha tanah dan tiada secebis plastik maupun sampah di ladang dia. Dia mengamalkan memetik ranting-ranting hasil pruning/pemangkasan dan digunakan sebagai kayu api semasa musim sejuk. Selain itu, dia percaya bahawa ianya dapat mengelakan penyebaran penyakit dari ranting itu kepada pokok berdekatan. 
(Bersih seperti di taman, bergaya pergi kerja pun tidak nampak kanjil)

3. Harvest Carrot / Tuai carrot
* Tuai lobak inilah antara favorite masa di sana. Disebabkan composisi tanah yang baik dan subur, lobak di sana tumbuh besar dan part paling best adalah bila tuai tu sangat mudah. Main tarik-tarik kepala lobak tu sahaja. Untuk 2 row kami boleh habiskan dalam 2 jam sahaja. 
(Kawasan Lobak ditanam)

(Lobak merah segar bugar)

*Mengunakan jerami padi untuk menutup carrot ini untuk memberi nutrient kepada tanah dan mengekalkan kelembapan carrot disebabkan musim sejuk kering.

4. We learn about rat trap at Apple tree/Belajar tentang perankap tikus di kawasan pokok Apple
* Akio-san meletakkan kucing sebagai penjaga pokok Apple dari serangan tikus dan memasang perangkap tikus. Dia mengunakan pagar dawai yang tahan lama dan di tanam di sekeliling akar pokok untuk jangan masa yang lama. Selain itu, cuka getah digunakan untuk menghalau tikus. 
(Walaupun sejuk bersalji kita kena gigih turun kerja)

5. Paint the peach Tree and Apple tree /Cat pokok Peach dan Apple
* Kami di minta cat pokok Apple dan peach. Awal-awal tu sebelum Akio-san terangkan kenapa perlu cat, memang mahu marahlah sebab macam buat kerja tak ada faedah. Selepas faham situasi dan kaedah itu. Kami ikutkan sahaja semua kerja yang di bagi. Setiap tindakan ada sebabnya.

(Cat mesti macam ini)

6. Make Dry Apple fruit, packing and branding/labelling them (Buat keropok/jajan Apple, pembungkusan dan bagi label)
* Kami belajar cara untuk mengeringkan buah Apple tanpa mengunakan perisa. Kami cuma mengunakkan acidic solution to preserve the colour of fruit. Kami mengunakan buah apple yang kualiti tidak boleh dijual secara raw seperti ada bintik2 serangga, lembut sebahagian dan terlalu keras. Kami mengambil bahagian yang boleh di makan dan potong nipis (0.2 cm) dan rendam sebentar dalam larutan acidic dan letak di oven pengering buah untuk masak sehari dengan suhu plus and minus 140 F.

Terima Kasih Sebab membaca coretan yang tidak seberapa ini.

(Jangan lupa melawat Matsumoto castle kalau datang ke sana)

(Bentuk Asal Wasabi)



Monday 12 November 2018

Latihan Industri di Azumino City, Nagano, Jepun

"Go For it, No Matter How it Ends, It was An Experience".


Persediaan yang perlu dibuat sebelum Fly ke Jepun.

1. Passport
2. Visa (pergi untuk lebih dari 3 bulan)
3. Belajar bahasa Jepun (sekurang-kurangnya tahap sekolah rendah)
4. International adapter plug
5. Heat tech (kalau pergi masa musim sejuk) 
6. Pelembab kulit, muka, dan bibir (terutama musim sejuk)

Untuk memilih tempat membuat latihan Industri di Jepun. Saya memilih untuk berdaftar dengan Wwoof Japan. Sila lihat page https://www.wwoofjapan.com/main/index.php?lang=en (Cara-cara daftar dan berhubung pun semua ada di sana). 

Bagi pelajar Universiti perlu buat kertas kerja dan hantar kepada Ibu pejabat untuk memohon kelulusan membuat latihan industri diluar. Lampirkan semua berkaitan Woofer dan alamat dia. 

(Saya pergi dengan 3 orang kawan satu batch)

Flight pukul 2.30 petang, tapi nak check in bagasi 3 jam sebelum depart. Jadi saya bergerak awal dari kolej dalam pukul 11.00 pagi. Perjalanan memakan masa selama 6 jam untuk sampai ke Haneda Airport daripada KLIA 2. Jika flight anda sampai pada waktu malam dan ingin bertolak ke destinasi di tuju pada waktu pagi, anda boleh tidur sahaja di Airport. Tempat untuk cas fon ada di mana-mana, anda boleh meletak dan meninggalkan fon anda untuk dicas. Anda tidak perlu takut dengan pencuri, disebabkan pengawal membuat rondaan di setiap penjuru Airport. 

*Tips : Jangan bawa duit cash banyak dalam tangan takut tercicir. Sebelum fly ke jepun. Pastikan Atm Cimb/Maybank/etc ada status international, ini boleh tukar di Atm sahaja. Sampai jepun boleh keluarkan duit di mana-mana Atm di Information Center 

Kehadiran matahari seperti biasanya namun tidak terasa kehangatannya. Kedinginan yang tidak pernah dirasai menjalar keseluruh tubuh badan sehingga ke tulang. (hihihi, pakai heat tech dan baju tebal tak rasa sejuklah).

Untuk ke Azumino City, saya memilih untuk menaiki bus (AirportLimousine, https://www.limousinebus.co.jp/en/) ke shinjuku expressway bus terminal kemudian menaiki bus ke Matsumoto station. Setelah itu, menaiki train ke Hitoichiba. Tidak perlu takut untuk sesat di negara jepun ini. 

*Tips : Pergi kaunter Pertanyaan - iaitu Information Center di setiap perhentian bas/stesen/mall. Kalau takut juga, masuk 7eleven dan connect wifi. Boleh google maps 😂

Hari pertama, Di rumah Host (Akio Matsumura). Saya disambut dengan makan malam yang meriah. (Bagaikan makan restoran grand di Jepun. Hehehe). Selepas makan malam selesai, sesi perkenalan diri dengan lebih dekat dengan ahli keluarga host.

Akio- san bagi setiap satu bilik 2 orang. Untuk pengetahuan semua. Di sana tiada katil tapi dia bagi futon. Dia akan bagi demo macam mana nak guna . Selain itu, dia sediakan heater dalam bilik. Jadi tidaklah sejuk sangat kalau malam tu. Tapi ada satu masalah untuk orang Malaysia la kalau dekat sana iaitu masalah tandas. Di sana tidak guna air dalam tandas. Dia guna tisu. (Ini cuma area pendalaman sahaja, kalau area bandar/pekan. Pakai flush dan air juga)

*Tips : Kami ambil botol mineral kecil bawa masuk dalam tandas. Lepas guna tisu, guna air pula.

Orang jepun walaupun dia tahu cakap dalam Bahasa English, Dia explain guna Bahasa Jepun 80%, Jadi mahu tidak mahu memang kena belajar bahasa Jepun. 

Untuk program woofer dibawah Akio-san ni memang 6 hari berkerja satu hari rehat. Tapi kerja dia memang tidak berat. Berpeluh memang tidak keluar sebab sejuk, peluh pun tidak mahu keluar. Hahaha

(Cat pokok Peach - To prevent infection of disease)


(Picking bud - To increase the quality of fruit)

(Harvest Carrot - So easy to pulled upwards)

(Ikat branch pokok Apple naik keatas. Boleh menyebabkan buah Apple ini manis. Ada kaitan dengan 
acid yang meningkatkan fructose dalam buah.)

***UNTUK PROGRAM WWOOF WORLD KITA DAPAT TEMPAT TINGGAL PERCUMA DAN MAKANAN PERCUMA***

Nantikan Part 2 - THE BEST INTERSHIP EVER