Sunday 3 April 2016

Cameron Highland Field Trip


Assalamualaikum and Hei Traveller..

"Being Happy doen't Mean that Everything is Perfect, It Means that You have Decided to Look Beyond the Imperfections"
02/04/16

Bila kawan kita berangan kat ladang Tea : Aishah a.k.a Ecah

Hari ini nak share sikit tentang field trip ke Cameron Highland. Sedih sikit sebab ada member yang tak pergi.

Tempat-tempat yang menarik di Cameron:
1. Boh Tea plantation
2. Bee Farm
3. MARDI

Boh Tea plantation 




Untuk pergi ke Boh Tea plantation kami terpaksa menaiki Bas Sekolah kerana jalannya yang sempit dan curam. Bas boleh di sewa berdekatan dengan Bee Farm. (Sebuah bas : Rm 100).
Perjalanan ke Boh Tea mengambil masa 20 minit sahaja. Di sana kita akan lihat tempat-tempat pemprosesan Tea dan bagaimana teh di putik. Untuk pengetahuan semua, ketinggian pokok tea sebenarnya boleh mencapai pokok mangga. Disebabkan "prunning" (boleh google kalau tidak tau) pokok tea tidak terlalu tinggi dan memudahkan pekebun untuk memutik pokok tea tersebut. Umur pokok tea boleh mencecah  120 tahun dan tea di putik sekali dalam 3 minggu. Tanah Boh tea tersebut seluas 232 hekta dan dimiliki oleh orang British. Informasi ini saya dapat dari pak cik bas yang membawa kami ke Boh Tea plantation.




Bee Farm 

Masuk adalah percuma. Di dalamnya terdapat  gerai, kedai, dan kebun kecil yang menternak lebah. Jangan risau lebah di sana tidak tau menyegat orang. Kata seorang abang, kalau adik kena sengat nanti adik jadi manis.Hahahaha, kalau budak-budak bolehlah tipu. Sebenarnya Lebah tidak menyegat itu adalah lebah kelulut. Terdapat bunga-bunga yang pelbagai bentuk dan warna di tanam di dalam kebun tersebut. Ada yang besar, sebesar muka saya dan ada yang comel secomel saya. *Jangan bash saya* Kami mengambil peluang  untuk merasa produk lebah seperti coklat dari madu, aiskream dan banyak lagi yang di jual di Bee farm. Jangan lupa beli ubi rebus yang ada di situ. (Rm 3.00 sebungkus) Manis dan sedap.

Kawan-kawan Field trip

MARDI




Masuk MARDI kena beli tiket (Rm 3.00 per person).  Tempat tu sangat cantik, pelbagai sayur-sayuran yang  segar, bunga-bungaan yang warna-warni,  pokok-pokok yang besar dan banyak lagi. Jangan lupa makan aiskream strawberry kat sana. (Rm 2.50)


Dari saya : Jangan takut nak pergi tempat yang baru. Tambah experience dan ilmu baru. 



No comments:

Post a Comment