Tuesday 29 March 2016

Time Is Precious


Assalamualaikum pengejar masa.

"Make today count,  you will never get it back"


Hargai setiap saat, setiap detik dan setiap nafas yang kita lalui, kerana kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.
Jangan terus bersedih dengan masalah yang timbul. Buang segala benda negatif yang hadir dalam kepala dan keluarlah dari kepongpong kesedihan.

Kunci kebahagian adalah menerima segala yang berlaku dalam hidup kita dan bina sesuatu kenangan setiap hari. Berbuatlah baik kerana itu adalah satu kebahagian, in shaa Allah kebaikan akan datang pada kita dalam pelbagai bentuk yang kita tidak sangka.

Masa itu sangat berharga. Ianya lebih berharga daripada emas permata. Kita  tidak dapat kembali ke hari esok seperti dalam cerita cartoon Doremon yang mengembara ke dunia lepas. Sebagai seorang pelajar, kita tidak akan lari daripada masalah masa. Di tambah dengan program Universiti yang banyak yang memerlukan kita memberi komitmen yang menyeluruh. Jika kita terus tidak menghargai masa, maka kita akan kehilangan segalanya.

Pengurusan masa sangat penting. Kita sebagai seorang mahasiswa yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan ingin fokus pada pembelajaran perlu mengurus masa dengan baik.

langkah yang berkesan untuk mengurus masa adalah :
1.Buat list kerja yang perlu di buat
2.Dahulukan kerja yang penting
3.Buat kerja dengan teratur dan sistematik
4.Jangan buat kerja separuh jalan dan tinggalkan
5.Ada matlamat yang ingin di capai
6.Jangan tangguh-tangguh kerja


Check list : Dont forget to tick done

"Stay positive, work hard, make it happen"

Dari saya : Masalah bersama. Ubah bersama. Sharing is caring.


No comments:

Post a Comment