Tuesday 3 May 2016

Tioman Island Malaysia Part 1


Assalamualaikum traveller :)

"A sunday well spent brings a week of content"

Cuti datang lagi..
Kali ini saya nak berkongsi perjalanan saya ke Kampung Salang, Pulau Tioman.
Tempat yang penuh dengan ketenangan dan keindahan ciptaan Tuhan.


Percutian 3 hari 2 malam di Tioman 

Aktiviti yang menarik yang menanti anda di sana adalah :
1. Snorkeling Trip
2. Diving trip
3. Diving Courses
4. Fishing Trip
5. Package Tour Tioman

Banyak aktiviti tetapi saya hanya mampu buat aktiviti seperti Snorkeling di empat tempat yang menarik di sekitar tioman, berkayak, berenang-renang tepi pantai dan berjalan-jalan di sekitar kampung Salang.

Saya bertolak dari Universiti putra Malaysia (UPM) pada pukul 4.00 petang dan tiba di Terminal Bersepadu Selatan pada pukul 4.40 petang dengan menaiki Student Cab ( Rm 18.00). Alhamdulillah sempat juga menaiki bas walaupun dalam keadaan tergesa-gesa. Memang tak sempat nak beli jajan.

5 jam berborak-borak dengan member dalam bas, akhirnya sampai di Mersing, Johor pada pukul 10.10 malam. Tiba di sana, kami terus beli tiket di Bluewater Express (Speed Ferry) dengan Rm70 (Mersing-Tioman-Mersing). Nak mudah untuk buat tempahan, call sahaja En. Makmur (0177132311)

Mersing

Malam semakin gelap, masa untuk mencari tempat untuk melelapkan mata untuk semalam. Kami bergerak mencari Hotel bajet sekitar KFC. Disebabkan banyak hotel di area KFC, mudah bagi kami membuat survey dan membandingkan harga setiap hotel. Akhirnya kami menginap di Hotel Country (RM50) untuk semalam. Alhamdulillah, king size bed, tempat selesa dan ada kemudahan Wifi, television, air-conditioning, dan kemudahan asas yang lain.

Hari Pertama
Mersing, Johor. Kami bersiap awal pagi sebab nak sarapan dan beli barang atau makanan ringan nak di bawa ke Tioman. (lebih baik beli kat Mersing dan bawa ke Tioman sebab murah). Kami memilih Nasi Kukus Gulai Kawah Zulya sebagai tempat untuk mengalas perut.

Sarapan : Roti Canai Telur = Rm 1.80
                Teh O ais = Rm 2.00
Total untuk sarapan pagi = Rm3.80

Tips : Jika nak kurangkan bajet, jangan lupa beli maggie cup dan roti. Di pulau Tioman ada semua ini tapi mahal sedikit.

Selepas sarapan dan membeli barang, kami bergerak ke Jeti Mersing yang tidak jauh dari Hotel Country. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke sana. Datang awal dan daftar tiket ferry anda. Dapatkan boarding pass dan tunggu sehingga masa berlepas. (Macam naik flight pulak).Kita perlu membayar tiket Marine Park sebanyak Rm 10. (Pak cik tiket di sana pesan, boleh sahaja kalau tidak mahu beli tiket tersebut). Tetapi apa salahnya kita memberi untuk peruntukan menjaga laut dan hidupan di dalamnya. Untuk pengetahuan anda, kat jeti ada ramai sangat orang dan keadaan sesak sedikit. Kemungkinan besar, akan delay dalam 30 minit. Jadi sementara nak tunggu announcement, baik kiranya kalau kita duduk dan tunggu daripada kita bersesak-sesak nak cepat masuk ferry tersebut.

3 jam menaiki ferry. Bau laut semakin terasa. Emmm, bau laaaaaut.. Hahaha (saja jak nak buat lawak). Jejak je kaki ke jeti Tioman. Pelbagai perasaan yang timbul. Excited dan Happy sangat-sangat tengok laut yang jernih biru. Member yang tak tau berenang pun nak terjun ke bawa.
Disebabkan tak sabar sangat nak layan view kat tepi pantai, kami tergesa-gesa check in kat Salang Pusaka Resort (En Khalid). Chalet yang disediakan sangat sesuai dan selesa. Sebelum ke Pulau Tioman, jangan lupa tempah dahulu bilik. Nak tempah boleh sahaja call ( En-khalid :
013-9322567/017-9422567) atau melawat website : www.salangpusakaresort.my

Muka Member dek kena sinaran cahaya. Dan abaikan muka belagak kat belakang tu.

Kami telah menempah bilik Quad sharing : Rm 140 per night (standard) Air-con
(sponsor oleh Abah Angkat kat sana)

Selesai sahaja check in. Kami berjalan-jalan di tepi pantai dan layan sunset di atas batu-batuan.
Selepas duduk berborak dengan member dan gelak-ketawa, perut pun lapar dan berbunyi riang. Kami bergerak ke kedai-kedai makan Seafood yang berada di hujung kampung Salang. Kami tak buat survey sebelum Dinner. Jadi mahal sedikit.

Dinner : Tomyam campur = Rm 10
               Nasi goreng Seafood =Rm10
               Nasi putih = Rm 2
               Milo Ais = Rm 4
Tips: Ada tempat yang murah lagi. kena pandai survey. Tempat ini kira paling mahal jugalah.


Balik bilik. Mandi. Solat. Tidur.

Bersambung.....



No comments:

Post a Comment