Wednesday 14 November 2018

THE BEST INTERNSHIP EVER

"Tell Me and I forget, Teach Me and I Remember, Involve Me and I Learn."


(Last picture with WWoof family)

Halaman blog kali ini, saya akan ceritakan aktiviti yang saya buat sepanjang saya berada di Azumino City, Japan.


(Azumino City, Japan)

Sebelum ini, saya ada bagitahu yang kami berkerja/belajar selama 6 hari dalam satu minggu dan hari ahad ialah istirehat. 

Aktiviti Harian kami dalam satu minggu berkerja ialah: 

1. Picking bud / Petik tunas pokok
* Antara sebab Akio-san menyuruh kami memetik tunas pokok adalah kerana mengurangkan penghasilan buah Apple/peach yang sangat banyak. Dengan itu, Penghasilan buah akan cukup dengan kualiti yang baik dari segi rasa, warna dan size. 


(Buah Apple lagi besar dari tangan saya. Satu biji Rm20)

2. Picking branch / Ambil ranting
*Seperti yang kita sedia maklum, negara jepun adalah negara nombor 1 paling bersih di seluruh negara. Akio-san mempunyai 17 Ha tanah dan tiada secebis plastik maupun sampah di ladang dia. Dia mengamalkan memetik ranting-ranting hasil pruning/pemangkasan dan digunakan sebagai kayu api semasa musim sejuk. Selain itu, dia percaya bahawa ianya dapat mengelakan penyebaran penyakit dari ranting itu kepada pokok berdekatan. 
(Bersih seperti di taman, bergaya pergi kerja pun tidak nampak kanjil)

3. Harvest Carrot / Tuai carrot
* Tuai lobak inilah antara favorite masa di sana. Disebabkan composisi tanah yang baik dan subur, lobak di sana tumbuh besar dan part paling best adalah bila tuai tu sangat mudah. Main tarik-tarik kepala lobak tu sahaja. Untuk 2 row kami boleh habiskan dalam 2 jam sahaja. 
(Kawasan Lobak ditanam)

(Lobak merah segar bugar)

*Mengunakan jerami padi untuk menutup carrot ini untuk memberi nutrient kepada tanah dan mengekalkan kelembapan carrot disebabkan musim sejuk kering.

4. We learn about rat trap at Apple tree/Belajar tentang perankap tikus di kawasan pokok Apple
* Akio-san meletakkan kucing sebagai penjaga pokok Apple dari serangan tikus dan memasang perangkap tikus. Dia mengunakan pagar dawai yang tahan lama dan di tanam di sekeliling akar pokok untuk jangan masa yang lama. Selain itu, cuka getah digunakan untuk menghalau tikus. 
(Walaupun sejuk bersalji kita kena gigih turun kerja)

5. Paint the peach Tree and Apple tree /Cat pokok Peach dan Apple
* Kami di minta cat pokok Apple dan peach. Awal-awal tu sebelum Akio-san terangkan kenapa perlu cat, memang mahu marahlah sebab macam buat kerja tak ada faedah. Selepas faham situasi dan kaedah itu. Kami ikutkan sahaja semua kerja yang di bagi. Setiap tindakan ada sebabnya.

(Cat mesti macam ini)

6. Make Dry Apple fruit, packing and branding/labelling them (Buat keropok/jajan Apple, pembungkusan dan bagi label)
* Kami belajar cara untuk mengeringkan buah Apple tanpa mengunakan perisa. Kami cuma mengunakkan acidic solution to preserve the colour of fruit. Kami mengunakan buah apple yang kualiti tidak boleh dijual secara raw seperti ada bintik2 serangga, lembut sebahagian dan terlalu keras. Kami mengambil bahagian yang boleh di makan dan potong nipis (0.2 cm) dan rendam sebentar dalam larutan acidic dan letak di oven pengering buah untuk masak sehari dengan suhu plus and minus 140 F.

Terima Kasih Sebab membaca coretan yang tidak seberapa ini.

(Jangan lupa melawat Matsumoto castle kalau datang ke sana)

(Bentuk Asal Wasabi)



1 comment:

  1. Salam Cik Habibah, saya berminat dengan entri awak. Boleh kongsi dengan lebih detail macam mana proses memohon latihan indusri di Jepun melalui WWOOF ini. Harap awak dapat memberi respon. Terima kasih

    ReplyDelete