Monday 12 November 2018

Latihan Industri di Azumino City, Nagano, Jepun

"Go For it, No Matter How it Ends, It was An Experience".


Persediaan yang perlu dibuat sebelum Fly ke Jepun.

1. Passport
2. Visa (pergi untuk lebih dari 3 bulan)
3. Belajar bahasa Jepun (sekurang-kurangnya tahap sekolah rendah)
4. International adapter plug
5. Heat tech (kalau pergi masa musim sejuk) 
6. Pelembab kulit, muka, dan bibir (terutama musim sejuk)

Untuk memilih tempat membuat latihan Industri di Jepun. Saya memilih untuk berdaftar dengan Wwoof Japan. Sila lihat page https://www.wwoofjapan.com/main/index.php?lang=en (Cara-cara daftar dan berhubung pun semua ada di sana). 

Bagi pelajar Universiti perlu buat kertas kerja dan hantar kepada Ibu pejabat untuk memohon kelulusan membuat latihan industri diluar. Lampirkan semua berkaitan Woofer dan alamat dia. 

(Saya pergi dengan 3 orang kawan satu batch)

Flight pukul 2.30 petang, tapi nak check in bagasi 3 jam sebelum depart. Jadi saya bergerak awal dari kolej dalam pukul 11.00 pagi. Perjalanan memakan masa selama 6 jam untuk sampai ke Haneda Airport daripada KLIA 2. Jika flight anda sampai pada waktu malam dan ingin bertolak ke destinasi di tuju pada waktu pagi, anda boleh tidur sahaja di Airport. Tempat untuk cas fon ada di mana-mana, anda boleh meletak dan meninggalkan fon anda untuk dicas. Anda tidak perlu takut dengan pencuri, disebabkan pengawal membuat rondaan di setiap penjuru Airport. 

*Tips : Jangan bawa duit cash banyak dalam tangan takut tercicir. Sebelum fly ke jepun. Pastikan Atm Cimb/Maybank/etc ada status international, ini boleh tukar di Atm sahaja. Sampai jepun boleh keluarkan duit di mana-mana Atm di Information Center 

Kehadiran matahari seperti biasanya namun tidak terasa kehangatannya. Kedinginan yang tidak pernah dirasai menjalar keseluruh tubuh badan sehingga ke tulang. (hihihi, pakai heat tech dan baju tebal tak rasa sejuklah).

Untuk ke Azumino City, saya memilih untuk menaiki bus (AirportLimousine, https://www.limousinebus.co.jp/en/) ke shinjuku expressway bus terminal kemudian menaiki bus ke Matsumoto station. Setelah itu, menaiki train ke Hitoichiba. Tidak perlu takut untuk sesat di negara jepun ini. 

*Tips : Pergi kaunter Pertanyaan - iaitu Information Center di setiap perhentian bas/stesen/mall. Kalau takut juga, masuk 7eleven dan connect wifi. Boleh google maps 😂

Hari pertama, Di rumah Host (Akio Matsumura). Saya disambut dengan makan malam yang meriah. (Bagaikan makan restoran grand di Jepun. Hehehe). Selepas makan malam selesai, sesi perkenalan diri dengan lebih dekat dengan ahli keluarga host.

Akio- san bagi setiap satu bilik 2 orang. Untuk pengetahuan semua. Di sana tiada katil tapi dia bagi futon. Dia akan bagi demo macam mana nak guna . Selain itu, dia sediakan heater dalam bilik. Jadi tidaklah sejuk sangat kalau malam tu. Tapi ada satu masalah untuk orang Malaysia la kalau dekat sana iaitu masalah tandas. Di sana tidak guna air dalam tandas. Dia guna tisu. (Ini cuma area pendalaman sahaja, kalau area bandar/pekan. Pakai flush dan air juga)

*Tips : Kami ambil botol mineral kecil bawa masuk dalam tandas. Lepas guna tisu, guna air pula.

Orang jepun walaupun dia tahu cakap dalam Bahasa English, Dia explain guna Bahasa Jepun 80%, Jadi mahu tidak mahu memang kena belajar bahasa Jepun. 

Untuk program woofer dibawah Akio-san ni memang 6 hari berkerja satu hari rehat. Tapi kerja dia memang tidak berat. Berpeluh memang tidak keluar sebab sejuk, peluh pun tidak mahu keluar. Hahaha

(Cat pokok Peach - To prevent infection of disease)


(Picking bud - To increase the quality of fruit)

(Harvest Carrot - So easy to pulled upwards)

(Ikat branch pokok Apple naik keatas. Boleh menyebabkan buah Apple ini manis. Ada kaitan dengan 
acid yang meningkatkan fructose dalam buah.)

***UNTUK PROGRAM WWOOF WORLD KITA DAPAT TEMPAT TINGGAL PERCUMA DAN MAKANAN PERCUMA***

Nantikan Part 2 - THE BEST INTERSHIP EVER

No comments:

Post a Comment