Thursday 17 March 2016

Agriculture in Hidroponik

HIDROPONIK

27 mac 2015, kami berkumpul di Agrotek berdekatan dengan ladang kongsi UPM. Hari ini kami akan menanam sayur mengunakan kaedah hidroponik. Puan Hajah M memberikan penerangan berkaitan hidroponik sebelum kami melakukan aktiviti itu. Hidroponik adalah tanaman tanpa medium tanah. Hidroponik mengunakan medium air dan selalunya sistem ini untuk tanaman hiasan, komersial dan individu. Ini adalah tanaman jenis bandaran. Terdapat dua jenis tanaman hidroponik iaitu palung dan takungan. Jenis palung ialah air mengalir terus dan pembajaan memusat, jenis ini mengunakan elektrik jadi sangat berisiko besar jika tiada elektik. Manakala, jenis takungan ialah air tidak mengalir, baja dalam takungan, tanam di mana-mana pun boleh. Tanaman yang boleh mengunakan sistem hidroponik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya bagus kerana bersih, suci dan selamat. Hasil boleh meningkat jika pengurasan bagus dan dapat menjimatkan kos kerana kurang tenaga buruh diperlukan serta mudah dikendalikan kerana tidak perlukan tanah dan merumpai. Teknik ini digunakan di Negara maju seperti Negara jepun. Tapi ada kelemahan, tidak boleh kena air hujan kerana dapat mengubah komposisi tanaman. Untuk membuat sayur manis tambahkan potassium nitrate.  Biji benih di tanaman di atas span selepas seminggu barulah diletakan di dalam takungan.

                      Kemudian, Pembahagian peralatan kepada ketua kumpulan. Kami di minta untuk mengisi takungan dengan air sehingga mencapai aras yang sepatutnya. Kami akan menanam sawi dan salad. Baja A dan baja B akan dicampurkan ke dalam air tadi. Baja A dan baja B tidak boleh di campur sekali kedalam takungan. Kita perlu letakan salah satu di ikuti baja yang lain. Baja A terdiri dari calcium nitrate dan iron chelate. Baja B terdiri daripada potassium nitrate, mono-potasium hydrogen, fosfat, magnesium sulfat, mangan sulfat, asid boric, zink sulfat, kuprum sulfat, natrium molibdat, dan ammonium molibdat. Selepas meletakkan baja A dan B , E.C perlu 1.6 dan ianya bertahan untuk 3 bulan sampai sayur di tuai.


 Anak pokok di letakkan di dalam bekas dan biarkan akar pokok menyentuh air dalam takungan. Untuk mendapatkan air dan makanan. Pastikan setiap 2 kali seminggu datang untuk lihat keadaan air pada takungan. Jika ianya berkurang, tambah air. Peralatan yang digunakan dalam sistem hidroponik ini. Perlu dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan kontiminasi.

21.04.2015  adalah hari di mana Sawi dan bayam di tuai. Cara menuai adalah  angkat bakul kecil pada takungan dan potong sayur tersebut selari dengan muncung bakul kecil. Disebabkan sayur sawi dan bayam mengunakan system hidroponik, kita tidak perlu membasuh sayur tersebut kerana ianya bersih dan selamat. Kemudian, sayur tersebut di masukkan dalam plastic dan dibungkuskan setelah itu distealerkan.







 


  





                                                                   

1 comment:

  1. hydroponik in green house to avoid the raining that effect the fertilizer composition.

    ReplyDelete