Friday 25 March 2016

Kangkung / Ipomea aquatica


Gadis Petani : Assalamualaikum.

" I grow plants for many reasons : to please my eye or to please my soul, to challenge the elements or to challenge my patience, for novelty or for nostalgia, but mostly for the joy in seeing them grow.
Kata uncle <David Hobson>



Sebelum nak tanam sesuatu, kita kena fikir komposisi tanah, pH tanah, dan tanah jenis apa.
kita mulakan dengan penyedian tanah.  Tanah perlu di bajak dan di gembur dua kali. Bagi meningkatkan kesuburan tanah dan ruang tanah tersebut. kemudian, batas untuk kangkung sesuai dalam 1.2 meter lebar, 7.5 meter panjang dan 20 - 30 cm tinggi. Alur di buat merintangi batas dengan jarak 20 cm dan sedalam 3 cm untuk tanam benih.

Menanam
Biji benih boleh tanam terus ke atas batas. Jika nak membantu untuk menjarakan pokok kangkung kita campurkan biji benih dengan pasir sebelum tabur di atas batas. 46gm biji benih sebatas (30 kg biji benih untuk sehekta). Selepas 2 minggu, penjarangan pokok di buat, ukuran yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia ialah 20cm antara baris dan 10cm antara pokok.

Pembajaan
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.
pembajakan adalah seperti berikut :

Sebelum menanam
Jenis baja = Baja organan
Untuk batas 7.5m x 1.2 m = 6 kg
Untuk kadar/hektar (dalam 650 batas) = 4 tan

2 Minggu
Jenis Baja = NPK 15:15:15
Untuk batas 7.5m x 1.2 m = 0.4kg
Untuk kadar/hektar (dalam 650 batas) = 0.25 tan

3 Minggu
Jenis Baja = NPK 15:15:15
Untuk Batas 7.5m x 1.2m = 0.5kg
Untuk kadar/hektar (dalam 650 batas) = 0.25 tan

Pengairan
Kangkung perlukan air yang banyak untuk membesar. Penyiraman dibuat 2 kali sehari  secara manual ataupun sistem renjisan.

Kawalan rumpai
Merumpai perlu kerap dibuat terutama pada awal pertumbuhan kerana persaingan pokok kangkung dengan rumpai boleh menyebabkan kangkung kita terbantut pertumbuhannya. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di sekeliling batas dan parit.

Kawalan serangga dan penyakit
Kangkung adalah jenis pokok yang resistance kepada penyakit. Tetapi bukan bermakna ia tiada penyakit yang menyerang. Penyakit utama yang menyerang kangkung adalah Karat putih dan kawalan yang boleh kita buat ialah amalkan tanaman giliran dan sembur racun mancozeb.


Memungut Hasil
Kangkung boleh dipungut selepas 30 hari ditanam. Pokok kangkung dicabut bersama akar dan di basuh dalam air. Biasanya hasil adalah di antara 10 -15 tan /ha

Terima kasih daun keladi, di hari lain kita bertemu lagi.
Dari saya : marilah menanam sayur.

No comments:

Post a Comment