Wednesday 23 March 2016

Networking is important things in business


Assalamualaikum. Hello
Disini saya nak share sedikit apa yang saya dapat semasa hadiri program keusahawanan.
Hari itu saya menyertai Business and Univesity Network Program yang dianjurkan oleh Entrepreneurship development.
Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar UPM dan MSU.


 


Networking ataupun jaringan adalah sangat penting untuk kita pada masa sekarang dan akan datang. Jika kita mempunyai jaringan yang luas, kita mudah nak meluaskan lagi perniagaan, menyelesaikan masalah dan dapat menambah pengetahuan baru.

Untuk pengetahuan semua, Business yang berjaya adalah disebabkan networking yang besar atau dalam kata lain, ramai kenalan, lagi mudah la untuk kita meminta bantuan dari pelbagai segi.

Sebagai contoh kita nak memohon pekerjaan dalam bidang perbankan, kita memiliki networking yang besar dan ada kenalan yang ada sangkut paut dengan perbankan. kita mungkin mudah mendapatkan pekerjaan jika dibandingkan dengan orang lain.

Antara cara-cara untuk meluaskan networking :
1. Menyertai pelbagai program
2. Selalu membawa kad bisnes atau buat pertukaran nombor telefon
3. Banyak mendengar daripada bercakap dala sesuatu karnival keusahawanan
4. Pastikan anda memperkenalkan perniagaan anda (promosikan)
5. Pastikan tujuan perniagaan kita jelas dan ada matlamat.



Kita perlu banyak belajar cara berkomunikasi dengan betul. Ini kerana komunikasi adalah medium yang sangat penting untuk mendapatkan apa yang kita nak. Selain itu, tuntutlah pelbagai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan sendiri. Suka saya ingatkan, untuk gah dalam perniagaan perlu menempuhi pelbagai kegagalan. Jadi, Janganlah takut untuk gagal. :)

Yang paling penting sekali adalah jangan malu dan confident dengan diri sendiri. Kalau tidak tahu tentang sesuatu perkara, bertanyalah.

Dari saya : Perluaskanlah Jaringan anda

No comments:

Post a Comment