Thursday 17 March 2016

Beautiful of Jogjakarta


Assalamualaikum and Heloo  :)

Saya nak kongsi dengan semua.
Perjalanan saya ke Jogja buat pertama kalinya.
Benda yang paling penting sebelum kita nak travel oversea adalah :
1. Passport
2. Beli tiket Flight
3. Tukar status bank anda ke international status
4. Listkan tempat-tempat yang kita nak pergi

Masalah yang timbul sebelum saya pergi Jogja adalah masalah passport. Saya sudah beli tiket flight tapi saya lambat daftar passport. Tambahan lagi,sebab saya orang sabah, budak sabah yang nak buat passport di semenanjung ini kena tunggu 5 hari berkerja untuk dapatkan passport. Jangan lupa budak sabah yang nak daftar passport bawa bersama sijil lahir tau.

Tiket flight ke Jogja mengunakkan Airasia : Rm 318.00 (pergi dan balik)
survey selalu, boleh dapat lagi murah dari ini.

Tukar status bank. Untuk pengetahuan semua, di jogja pengunaan Cimb Bank adalah yang terbesar. Dalam kata lain, mudah sangat nak jumpa ATM Cimb. Jadi tukar status bank Cimb anda kepada International status. Mudah nak keluarkan duit bila sampai sana. Tidak perlu nak bawa duit ke sana kemari, takut duit anda di ambil maling (pencuri). Jangan bawa barang banyak sangat sebab barang di sana murah-murah. Jangan lupa bawa plug pendua international sebab plug di sana hanya berbentuk bulat. Nanti tak pasal-pasal tak boleh cas fon.

Senaraikan tempat-tempat yang nak di lawati.  Mudah saja, cuma google dan cari tempat-tempat istimewa yang anda nak pergi.

Saya cuma bawa beg galas yang 6L. Barang  dalam beg tu pun tak penuh dan saya bawa barang keperluaan saja.

Antara tempat-tempat yang saya kunjungi ketika berada di Jogja adalah :

1. Borobudur
2. Taman Sari
3. Gunung Merapi
4. Malioboro



Borobudur


Bayaran untuk seorang masuk adalah around Rm70 untuk pelancong. Disebabkan ada seorang kawan orang Jogja, kami dapat tiket lagi murah (30,000rp = RM 10 penduduk tempatan). Belajar cakap jogja or Indonesia, ia sangat membantu dan anda boleh dapat harga murah.

Di sana memang panas, jadi siap-siaplah beli topi ka payung ka, tapi kalau malas nak  bawa pun tak apa sebab di sana banyak sangat orang yang jual barang seperti topi (Rm8), payung(Rm10), baju(Rm 8- Rm 50), key chain dan banyak lagi la.



Sampai atas saja, mesti la nak selfie-selfie. Jadi cari tempat yang tak ramai orang sebab di sana ramai pelancong yang datang.


Panas tapi seronok. Itulah yang dapat saya gambarkan :)


 Street shop Borobudur


Taman Sari

Taman Sari adalah tempat yang menarik dan cerita raja-raja zaman dahulu menghidupkan lagi tempat itu. Cas masuk dikenakan adalah Rm 3 (10000rp) sahaja. Tapi kita kena bayar cas guide RM10 (30000rp) tapi kalau tak nak guide tu pun boleh.

Kolam tempat di mana dayang-dayang raja mandi


Ada banyak street drawing dan bilik berehat. Ini adalah pintu masuk Taman Sari

Gunung Merapi

Ini salah satu tempat yang wajib di kunjungi bila ada di Jogja. Gunung Merapi adalah gunung yang aktif dan telah meletus sebelum ini. Pengalaman melihat tempat-tempat bersejarah yang pernah meninggalkan noktah hitam pada penduduk Jogja. Sangat menarik dan keadaan menaiki gunung tersebut sangat berangin dan berdebu. Tapi kalau tak nak sakit, pakai mask.

Pengalaman pertama kali menaiki Jip. Cas yang dikenakan adalah RM30 setiap orang. Pelbagai pakej yang disediakan. Anda ambillah peluang untuk pergi pagi untuk melihat sunrise atas Gunung Merapi.
Jip yang  kami gunakan untuk naiki ke Gunung Merapi.

Gunung Merapi
Malioboro

Syurga bagi orang yang suka shopping. Antara barang yang murah adalah : 
1. kain batik cap gajah duduk / batik solo (RM 15)
2. Baju tidur,  ( RM10) 
3. seluar jogja (RM8) 
4. Dress tradisitional Jogja (RM 10 - 50) 
5. Key chain : 30 jenis (RM 10) 
6. Beg ( bawa RM 50)
7. T-shirt ( RM 8-30)
Harga boleh lagi murah kalau pandai tawar-tawar.  Bonus kalau pandai cakap jawa, boleh dapat murah.  

Makanan di sana kira murah la. Bajet untuk seminggu makan  : RM 160 
Boleh kurang lagi jika pandai pilih tempat makan murah. 
Makanan popular adalah nasi dan lauk ayam/keli/bebek dan sambal pedas ( RM4. 00 - RM 6.00). nasi Udekk (tidak berapa pasti nama sebenar Rm 5.00), Soto/Bakso (RM 2.80), ayam geprek (RM3.50) dan air kegemaran saya adalah Alpukat (Jus Avocado) - (RM3.00) dan banyak lagi.


Tunggu lauk sampai : Hidangan cara tradisional

Bahasa jawa (panggilan) : 
Embak : cik/miss
Mas : abang
ibu : Puan
Bapa: tuan/encik


Dari saya : Selamat Bercuti di Jogja

No comments:

Post a Comment